Wow! Filem Sangkar Ada Lagu Runut Bunyi 'Kedua'...Hebat!

Asraf Aided
Ogos 28, 2019 04:53 MYT
Dua Hero Malaya, Remy Ishak dan Zul Ariffin masing-masing bekongsi video parodi lagu runut bunyi filem terbaru lakonan iaitu Sangkar.
Perkongsian itu dibuat menerusi entri di akaun Instagram milik mereka.
Lagu berjudul Fighter nyanyian asal Aman RA itu diparodikan dan liriknya diubah suai dengan mengajak orang ramai menonton filem Sangkar yang bakal menjengah pawagam bermula esok, lirik tersebut berbunyi:
"Pukul 5, depan wayang, bertongkat kaki tunggunya datang, tanggalnya ingat, jadi sebutan, seperti fighter di dalam sangkar.
"OK 29 bulan lapan, OK release Sangkar keluar wayang,".
Menjengah ruangan komen di kedua-dua akaun Hero Malaya itu, rata-rata pengikut mereka seakan tidak sabar untuk menonton Sangkar.
"Tak sabar nak pergi tengok.
"Ok jumpa awak on dua sembilan bulan lapan.
"Marketing strategy power gila.
'Best lagu ni.
"All the best Sangkar," tulis netizen.
Selain Remy dan Zul, filem Sangkar turut dibintangi oleh Mira Filzah, Ray Era, Nik Adam Mika dan ramai lagi.
Sangkar telah melakar sejarah dalam industri perfileman tanah air kerana diterbitkan oleh empat syarikat perfileman tempatan iaitu Infinitus Gold, Primeworks Studios, Astro Shaw dan MM2 Entertainment.
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan filem yang menampilkan aksi sukan seni bela diri (MMA) ini, ia bakal menjengah pawagam di seluruh negara serta Singapura dan Brunei bermula esok!
#Zul Ariffin #Remy Ishak #Sangkar