Wow! Frontliners Tampil Menyanyikan 'Malaysia Ku Tercinta' Sempena Hari Kebangsaan & Hari Malaysia!
Asraf Aided
30/08/2021 12:40 MYT
30/08/2021 12:40 MYT
Sempena dengan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia yang bakal disambut dalam norma baru lagi tahun ini, 20 penyanyi baru bergabung dalam menghasilkan sebuah lagu tribute berjudul Malaysia Ku Tercinta.
Lagu di bawah projek khas Patriot Bangsa Malaysia dari CTONE Studio itu dicipta oleh enam orang komposer iaitu Alif Azhari, Encik Mattao, Faisal Firdaus, Ezad Shazrul, Faliq Fauzi dan Safiza Afian.
Lebih menarik lagi, sebahagian besar daripada 20 orang penyanyi ini juga merupakan anggota petugas barisan hadapan (frontliners) yang pelbagai, selain pernah tular di media sosial dan menyertai program realiti di beberapa buah stesen televisyen tempatan.
Mereka terdiri daripada Adzham Adnan, Alif Azhari, Aniq Muhai, Dean, Jaria, Jaswan Abdullah, Jesyln Khoo, Aiman Sidek dan Encik Mattao.
Turut terlibat memberi sokongan adalah peserta dari Kilat Idol 2019; Mohd Azad, Faisal Firdaus, Khai Sani, Lutfi Voice of Men, Ajude, Sinar Rahman, Norzie, Ebba Khan, Ieqa, Yura Reduan serta Kajol Zuraidah.
Mewakili mereka yang terlibat, menurut Alif Azhari dia berbesar hati apabila semua penyanyi ini sudi bekerjasama dan meluangkan masa apatah lagi ada diantaranya sibuk dengan kerja dan komitmen menjaga keselamatan negara dan kesihatan masyarakat.
“Patriot Bangsa Malaysia adalah nama sebuah projek inisiatif dari kami, CTONE Studio dengan kerjasama badan bukan kerajaan (NGO) dalam menghasilkan karya seni muzik dalam bentuk audio video.
"Projek ini merupakan salah satu daripada Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) produksi kami di mana bakat-bakat baharu akan diketengahkan dalam sebuah lagu yang bertemakan kenegaraan dan patriotisme di samping menambah karya-karya terkini dalam industri muzik negara," ujarnya.
Kongsi Alif lagi yang juga merupakan komposer dan salah seorang penyanyi dalam lagu tersebut, dia akui berhadapan dengan cabaran berikutan lagu ini dirakam dan dihasilkan secara berasingan dengan setiap penyanyi tersebut menghantar audio nyanyian mereka sendiri.
Namun, cabaran itu yang menjadi tarikan dalam projek Patriot Bangsa Malaysia sebelum para komposer bekerjasama menggabungkan semua suara menjadi sebuah lagu yang pasti akan menyuntik semangat patriotisme para pendengar.
“Apa yang menjadi cabaran bagi produksi kami apabila lagu ini dirakamkan dari kediaman dan tempat pekerjaan masing-masing menggunakan peranti peribadi atas sebab kekangan mobiliti.
"Walaubagaimanapun, atas komitmen dan kerjasama semua peserta dan pihak produksi, kami semua dapat menghasilkan sebuah lagu patriotik baharu untuk diabadikan dalam industri muzik walaupun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.
“Pesanan kami sebagai produksi, komposer dan penulis lagu untuk semua pendengar, semoga lagu ini memberi suntikan semangat untuk rakyat Malaysia dan menjadi harapan untuk menempuh satu era yang lebih sihat dan positif.
"Moga terus tabah dan kuat dalam mengharungi pandemik yang kian berleluasa. Jaga SOP, Kita jaga kita, sayangi Malaysia ku tercinta," tambahnya.
Alif Azhari - Penyanyi & Komposer Malaysia Ku Tercinta
Lagu Malaysia Ku Tercinta terbitan CTONE Studio dengan kerjasama MY Music Lab Records, Pondok Rahmat Project, Badan Amal Darul Mustafa dan MY Cyber Studios kini boleh dilayari di laman YouTube CTONE Studio Channel bermula pada 28 Ogos 2021.