Wow! Gaya Memukau Yuna Dalam Vogue Arabia

Amri Hassan
Julai 24, 2017 08:00 MYT
Yuna menjadi artis sulung Malaysia ditampilkan dalam majalah antarabangsa Vogue Arabia.
Biarpun bukan sebagai penghias sampul hadapan majalah terkemuka itu, Yuna yang diberikan ruang untuk muncul dalam sesi editorial fesyen cukup membanggakan Malaysia.
"Saya berada di dalam isu Julai/Ogos Vogue Arabia yang menampilkan Jourdan Dunn sebagai wajah kulit hadapan dan saya di dalamnya," tulis Yuna di akaun Instagramnya.
Sebelum ini Yuna pernah ditampilkan dalam majalah InStyle dan Nylon.
Dalam Vogue Arabia kali ini, Yuna yang menyarung busana rekaan Hatta Dolmat itu menghiasi ruangan rencana fesyen bertemakan Hijabi Crush.
"Apa salahnya kalau tampilkan saya untuk cover (wajah kulit hadapan) pula selepas ini," tambah Yuna berjenaka.
Imej serba hitam Yuna untuk Vogue Arabia itu dibidik oleh jurugambar popular Aja Hitomi.
Majalah Vogue Arabia merupakan edisi Asia Barat yang dilancarkan pada Mac 2017.
Ia diedarkan di beberapa negara seperti Arab Saudi, Bahrain, Qatar, Kuwait, Oman dan Emriah Arab Bersatu.
Teks oleh: Amri Hassan
Kredit foto: IG @yunamusic, @visionthroughmyretina
#Yuna #Vogue Arabia