Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Wow! Harga Wireless Charger 'Infinity Gauntlet' Ini Dah Boleh Beli Proton Saga Dah

Hanafis Haris
26/04/2019 09:54 MYT
Jika anda peminat setia Marvel Cinematic Universe (MCU) pasti anda ingin memiliki 'Infinity Gauntlet' ini.

Bukan hanya sekadar hiasan semata-mata, malah 'Infinity Gauntlet' ini dicipta khas untuk kegunaan pengecasan tanpa wayar atau wireless pada telefon pintar.

Walau bagaimanapun harga untuk memilik peranti bukan lah murah kerana ia diperbuat daripada bahan emas oleh syarikat Caviar dari Rusia.

Harganya pengecas ini adalah USD$ 7660 (RM31,783).

Terdapat enam batu bernilai iaitu topaz, chrysolite, amethyst, garnet, citrine dan ambar.

Jika anda mampu, boleh la beli untuk mengecas telefon pintar dengan bergaya.
#Avengers #Endgame #Thanos