Wow! Henry Golding Diundang Ke The Ellen Degeneres Show

Amri Hassan
April 23, 2018 05:51 MYT
Pengacara dan pelakon kacak Henry Golding diundang sebagai tetamu rancangan popular antarabangsa The Ellen Degeneres Show.
Keberadaan Henry bersama seorang lagi pelakon Constance Wu untuk berkongsi filem terbaharunya, Crazy Rich Asians.
"Satu pengalaman yang luar biasa dan 'gila'!
"Jangan lupa sebarkan trailer Crazy Rich Asians yang akan dilancarkan tidak lama lagi," tulisnya di Instagram.
Filem Crazy Rich Asians merupakan sebuah kisah adaptasi novel tulisan Kevin Kwan dan diarahkan oleh Jon M Chu.
Crazy Rich Asians yang diterbitkan Warner Bros Entertainment akan menemui penonton seluruh dunia bermula 17 Ogos nanti.
Teks oleh: Amri Hassan
Foto: @henrygolding
#Hollywood #Hollywood #Henry Golding #Ellen Degeneres #The Ellen Degeneres Show