"Wow Hot Chef!" - Suami Lana Nordin Turun Ke Dapur, Lain Pula Yang Jadi Perhatian Netizen!

Asraf Aided
Oktober 2, 2018 12:09 MYT
Pelakon Lana Nordin telah berkongsi video suaminya David Mckinzie atau nama Islamnya, Muhd Daud memasak di dapur kediaman mereka.
Video tersebut dikongsi Lana menerusi akaun Instagram miliknya.
"Inilah 'chef' sejak saya mengandung kali kedua ini.
"Bersepah jadinya bila suami turun ke dapur," tulisnya ringkas sebagai kapsyen.
Namun di ruangan komen, rata-rata netizen tertarik dengan susuk tubuh yang dimiliki Daud.
"Wah! Hot hubby!
"Hot chef!
"Fuh badan!" antara komen netizen.
Lana dan Daud mula mendirikan rumah tangga pada tahun 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Gia Quinn Mckinzie.
#Lana Nordin