Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Wow! Jom Saksikan 136 Kandungan Artis-Artis Malaysia Menarik Menerusi #MuzikDariRumah

Kamaruddin Razal
10/04/2020 14:49 MYT
Selaras dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia bagi membendung penularan virus COVID-19, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia melaksanakan inisiatif #MuzikDariRumah.

Inisiatif #MuzikDariRumah dijalankan bagi menyediakan lebih banyak kandungan digital yang boleh dinikmati oleh rakyat Malaysia di rumah sepanjang tempoh PKP ini.

Hiburan atas talian ini akan menghimpunkan artis-artis ternama antaranya seperti Zee Avi, Ayda Jebat, Kumpulan Hujan, Meet Uncle Hussain, Hazama, Dr. Soo Wincci, Datuk Jamal Abdillah, Aizat Amdan, Mugen Rao dan pelbagai artis, pemuzik serta personaliti hiburan tanah air yang akan bersiaran secara atas talian di laman web www.muzik.my.

Usaha ini yang diinspirasikan daripada projek #togetherathome oleh artis-artis antarabangsa, adalah bertujuan untuk menghiburkan peminat-peminat muzik tempatan di samping mengalakkan mereka untuk duduk di rumah.

Saksikan kesemua 136 kandungan #MuzikDariRumah bersama artis-artis Malaysia hanya di : - Website : muzik.my Youtube : https://m.youtube.com/c/muzikmalaysia Official Instagram : muzikdotmy #muzikdarirumah #kitajagakita #staysafe #stayathome #dudukrumah #kitamestimenang #covid19 #zerocovid19 #kkmm

A post shared by KKMM (@kkmm_gov) on

Saksikan @officialdjfuzz memutarkan 30min lagu Malaysia sekarang di YouTube Muzik Malaysia. Link di Bio #MuzikDariRumah #KitaHarungiBersama

A post shared by Muzik Malaysia (@muzikdotmy) on

Lama tak dengar @rohanajalil perform kan? Apa kata kita tengok showcase dia malam ni? Link di bio #KitaHarungiBersama #MuzikDariRumah

A post shared by Muzik Malaysia (@muzikdotmy) on


Objektif konsert dan hiburan atas talian ini adalah untuk menghasilkan program-program hiburan bagi menggalakkan rakyat Malaysia untuk duduk di rumah.

Ia juga memberi impak ekonomi yang sederhana serta menjana pendapatan kepada artis dan krew penerbitan yang terlibat.

Dalam pada itu, ia juga turut menanam semangat kekitaan dan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia di dalam mengharungi COVID19 bersama dan menyebarkan mesej-mesej positif dan maklumat penting melalui platform media sosial.

Seramai lebih 300 artis serta krew produksi dan penerbit akan terlibat di dalam program-program seperti berikut:

#1 Lapan konsert mega berdurasi 45 minit setiap satu oleh artis-artis ternama;
#2 38 konsert mini berdurasi 30 minit; dan
#3 84 persembahan (1-2 lagu, pesanan khidmat awam, video temubual) oleh artis-artis tempatan.

Program #MuzikDiRumah telah mula disiarkan pada 8 April 2020.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web www.muzik.my

#Konsert #Konsert #PKP #MuzikDariRumah
;