Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Wow! Jungkook BTS Bintang Kpop Paling Dicari Di Google...Punyai Lebih 10 Billion Tontonan Di TikTok!

Asraf Aided
30/06/2020 07:40 MYT
Anggota kumpulan BTS, Jungkook merupakan bintang Kpop yang paling dicari di Google pada tahun ini.

Memetik laporan Allkpop, Jungkook telah mendominasi carian terbanyak selama 22 minggu sejak bermulanya tahun 2020.

Kedudukan itu diikuti oleh V, Jimin, Suga dan Lisa Blackpink yang berada di tangga kedua hingga kelima.

Pada masa yang sama, Jungkook juga merupakan penyanyi pertama di dunia yang mempunyai lebih 10 billion tontonan di TikTok.

Bukan setakat itu, bintang kegemaran ramai ini juga terus kekal menjadi idola yang mempunyai carian tertinggi di YouTube.





Sekadar rekod, BTS mula mencipta populariti mereka pada sekitar tahun 2013.

Sehingga kini, mereka kekal menjadi kumpulan paling popular di Korea Selatan dan turut berpengaruh di negara lain seluruh dunia.

Sumber : allkpop.com
#BTS #Kpop #Jungkook