Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

Wow Macam Kerengga! Fatin Afeefa Dedah Rahsia Miliki Pinggang 24 Inci

Amri Hassan
13/05/2020 04:52 MYT
Pelakon Fatin Afeefa punyai rahsia tersendiri untuk memiliki pinggang berukuran 24 inci.

Kata Fatin, selain rutin senaman hariannya yang memfokuskan bahagian abdomen, pelakon filem Tentang Bulan itu juga memakai korset selama 8 jam setiap hari.

"Akhirnya pinggang saya mencecah 24 inci. Baby pooch is still there but im working on it. 

"Fa punya rutin setiap hari is lots of oblique dan abs workout. Planking too! 
"And of course pakai sexy Curve 8 jam sehari. Mostly time tidur," dedahnya.

Apapun, untuk kekal sihat perlu juga menjaga pemakanan yang seimbang setiap masa.

Semestinya ibu kepada dua cahaya mata itu membuatkan ramai yang terkejut dan bermotivasi untuk mendapatkan bentuk badan ideal sepertinya.

Fatin pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon filem Juvana, Adam Shaaz pada 21 Disember 2013. 

Namun, perkahwinan mereka hanya mampu bertahan 4 tahun sahaja apabila memutuskan untuk bercerai pada 30 Mei 2017.

Sumber: Nona
#Tips #Fatin Afeefa #Pinggang 24 Inci