Seorang guru membuktikan dia mampu menjadi lebih kreatif biarpun ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Dengan hanya menggunakan kain hijau dan telefon pintar, guru ini berjaya menghasilkan video pembelajaran yang lebih interaktif.

Menerusi satu posting di Twitter, guru yang dikenali sebagai Siti Faridah berkongsi video yang memaparkan dia sedang mengajar jadual berkalar unsur kimia.

"Cikgu testing green screen studio di rumah. PKP fasa ke-3 video cikgu dah jadi macam ni.

"Agak-agak kalau PKP fasa seterusnya rumah cikgu dah jadi studio tv agaknya," katanya.

Jelas Siti Faridah lagi, dia hanya mengggunakan aplikasi telefon pintar untuk menghasilkan video berkenaan.

"Saya pakai kain biasa saja, guna iMovie boleh, aplikasi Kinemaster pun boleh," katanya.

Sementara, rata-rata netizen kagum dengan inisiatif Siti Faridah mengubah cara pembelajaran ketika PKP.

Kebanyakan mereka meminta supaya ibu bapa menghargai setiap usaha dilakukan oleh tenaga pengajar.