Selepas ditutup selama hampir dua tahun, perpustakaan Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) atau lebih dikenali sebagai Pustaka KL TTDI secara rasminya dibuka semula Sabtu lalu.

Namun, apa yang menariknya tentang perpustakaan ini ialah ia telah diberi nafas baru dengan konsep yang lebih segar dan menarik.

Menerusi satu posting di Facebook rasmi Perpustakaan Kuala Lumpur, terdapat beberapa gambar memaparkan reka bentuk dan dekorasi yang lebih cantik.

Menurut mereka, Pustaka KL TTDI menawarkan beberapa perkhidmatan baru termasuk koleksi bahan bacaan yang terkini serta susana yang lebih selesa dan nyaman.

Malah, terdapat juga sudut internet yang kelihatan lebih 'hipster' berbanding kebanyakan perpustakaan lain.

Tidak cukup dengan itu, ilustrasi dinding di perpustakaan yang menarik itu juga dikatakan dilukis dan dicat oleh pelukis mural tempatan Arif Rafhan Othman.

Dengan rekaan dan suasana baru seperti ini, pastinya Pustaka KL TTDI bakal menjadi perhatian ramai 'ulat buku' di luar sana.

Anda boleh lihat banyak lagi gambar di bawah: