Wow! Meriah Bila Hantu Kak Limah Catwalk Masa Fashion Show

Amri Hassan
April 13, 2018 10:00 MYT
Malam tadi telah berlangsung pertunjukan fesyen koleksi Aidilfitri jenama fesyen Carrisa.
Meriah dan menghiburkan! Namun lebih mencuri tumpuan apabila pelakon veteran, Dalimawati yang popular dengan watak Hantu Kak Limah diajak ke pentas untuk catwalk.
Dalimawati tanpa segan-silu dan sporting melayan kerenah hos menunjukkan bakat bersahaja berjalan di pentas peragaan.
Bukan hanya Dalimawati, Julia Zeigler dan Anne Abdullah turut menyertai pelakon veteran itu di pentas.
Dalam perkembangan lain, Dalimawati sekali lagi diberikan tanggungjawab menggalas watak Hantu Kak Limah dalam filem Hantu Kak Limah 3 yang bakal ditayangkan pada Ogos nanti.
Carrisa sementara itu telah melancarkan 30 rekaan koleksi Ready-To-Wear dan menampilkan penyanyi Bienda sebagai 'muse'.
Jom saksikan busana-busana menarik Carrisa.
Teks oleh: Amri Hassan
#Hantu Kak Limah #Carrisa #Dalimawati