Hiburan
Wow! Meriahnya Sambutan Hari Jadi Zain Saidin
Pelakon Zain Saidin yang merupakan suami kepada aktres Rozita Che Wan telah menyambut hari lahirnya yang ke 35 (23 Februari).
Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa Che Ta berkongsi beberapa foto menarik yang diambil sekitar sambutan majlis hari lahir suaminya itu menerusi ruangan Instagram.
"May you feel as cherished on your birthday as I do by you.
"Sayang, I hope you never change in life, because you are absolutely perfect the way you are.
"I am so grateful I married a man as wonderful as you.
"Wishing you lots of wonder and love for your birthday," tulis Che Ta.
Bertemakan kuning keemasan, majlis yang diraikan di sebuah kafe cukup meriah dengan kehadiran keluarga rapat pasangan itu.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen telah memberi ucapan terhadap Zain serta mendoakan kesejahteraan buatnya.
Zain dan Che Ta telah mendirikan rumah tangga pada 11 Disember 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Aaisyah Dhia Rana.
Che Ta turut mempunyai dua anak lelaki iaitu Ammar Affendy dan Aniq Ezzra hasil perkahwinan pertamanya.
Jom saksikan momen-momen menarik yang disediakan.
Must-Watch Video