Wow! Mira Filzah Rupanya Ada Kembar Seiras? Eh Biar Betul?
Pelakon Mira Filzah kembali dengan drama terbaru yang turut menampilkan hero kegemaran ramai Zul Ariffin menerusi Bidadari Kiriman Tuhan.
Bakal ditayangkan bermula esok (Selasa) drama ini mempunyai 25 episod secara keseluruhannya.
Namun, apa yang menarik tentang drama ini, Mira Filzah bukan hanya membawa satu watak sahaja tetapi dua karakter berbeza.
Malah, jangan terkejut jika Mira Filzah yang membawa watak Manis rupanya mempunyai seorang lagi kembar seiras dikenali sebagai Manja.
Difahamkam, drama ini menceritakan tentang Manis iaitu seorang guru tadika yang berusia 25 tahun serta kembar seirasnya Manja yang agak lembam.
Manis dan Manja hidup bersama ibu dan nenek mereka yang sakit dan kebanyakan tanggungjawab dipikul oleh Manis.
Walaubagaimanapun, hati Manis kemudian mula terpaut dengan guru sekolah rendah bernama Yusuf dan akibatnya hubungannya dengan Manja mula tergugat.
Menerusi drama ini penonton pastinya tertanya mampukah Mira Filzah membawa dua watak yang perbezaan?
Selain itu, drama ini juga merupakan kolaborasi pertama antara Mira dan Zul Ariffin, jadi adakah gabungan ini serasi?
Bagi menjawab persoalan berkenaan, jangan lepaskan peluang untuk menonton karya terbaru Rashid Sibir setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam di Astro Ria (104/124).