Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Wow! Mirip Black Panther, KJ Singgah Wakanda Ke Tu?

Azwa Rahman
02/05/2019 07:53 MYT
Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin (KJ) berkongsi beberapa gambar beliau yang sungguh mirip dengan… T’Challa ataupun Black Panther!

Menerusi ruangan Instagram Story miliknya, KJ kini sedang berada di Nigeria dan segak mengenakan pakaian asal negara terbabit dengan cetakan harimau bintang.

“It’s time for Africa, tiger in Wakanda”, tulis KJ di gambar-gambar itu.



Filem Black Panther dibintangi oleh Chadwick Boseman yang memegang watak sebagai T’Challa.

Dengan berimej misai dan janggut putih, KJ yang pernah dikenali dengan jolokan ‘tall, dark and handsome’ ini sering menarik perhatian ramai dengan penampilannya.

Terdahulu, KJ pernah disamakan seperti pelakon legenda dari India iaitu Rajnikanth ketika berkempen untuk PRK Semenyih.

Black Panther sudah, Rajnikanth pun sudah? Apa lagi imej yang bakal dibawa oleh KJ?

Sama-sama kita nantikan.
#Khairy Jamaluddin #Rembau #Wakanda