Filem kegemaran ramai, Charlie's Angels kembali dan bakal ditayangkan bermula 15 November ini.

Muzik video rasmi runut bunyi (OST) filem tersebut juga baru sahaja dilancarkan beberapa jam lalu di YouTube.

Lagu yang berjudul Don't Call Me Angels itu dinyanyikan oleh tiga penyanyi popular Hollywood iaitu Miley Cyrus, Lana Del Rey dan Ariana Grande.

Perkara itu turut diumumkan di akaun rasmi Charlie's Angels dengan memaparkan potongan dari muzik video yang ditunggu ramai itu.

Filem Charlie's Angels kali ini menampilkan lakonan Kristen Stewart, Naomi Scott dan Ella Balinska.

? Calling All Angels ? The #DontCallMeAngel music video is out now - stream and watch now: [link in bio]

A post shared by Charlie's Angels (@charliesangels) on





Terdahulu, pada era 90-an, Charlies Angels telah dibintangi Cameron Diaz, Drew Barrymore dan Lucy Liu.

Sebelum itu, Kate Jackson, Farah Fawcett dan Jaclyn Smith merupakan tiga bintang Charlie's Angels yang pertama yang dihasilkan pada era 70-an.