Hiburan
“Wow, Nampak Macam Pelakon Filipina” - Muat Naik Muka Depan Majalah, Awal Ashaari & Scha Alyahya Sambut Ulang Tahun Perkahwinan Ke-8
Pasangan popular Awal Ashaari dan Scha Alyahya meraikan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-8 pada hari ini.
Menerusi laman sosial Instagram, Scha dan Awal masing-masing memuat naik sekeping foto bersama sebagai penghias muka depan majalah untuk tatapan umum.
“Selamat ulang tahun Intrend Malaysia dan selamat ulang tahun Schawal juga esok.
“Ini muka depan majalah pertama kami selepas lima bulan berkahwin,” tulis pasangan itu sebagai kapsyen.
Menerusi muka hadapan majalah Intrend edisi Oktober 2012 tersebut, Scha dan Awal mengenakan busana pengantin, tampil cantik dan segak di hadapan pelamin.
Meninjau ke ruangan komen, ramai yang memuji kecantikan muka depan tersebut di samping wajah pasangan itu yang kekal awet muda.
“Muka korang langsung tak dimakan usia ya,” puji seorang wargamaya.
“Cantiknya Scha! Tak mekap pun tetap cantik semulajadi. Bila dah mekap lagi la cantik luar biasa,” kata seorang wargamaya.
“Selamat ulang tahun perkahwinan ke-8 pada pasangan kegemaran saya #schawal,” komen seorang wargamaya.
“Kurusnya Awal. Muka korang macam pelakon Filipina,” usik seorang wargamaya lagi.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 4 Mei 2012 dan melangsungkan majlis resepsi penuh gemilang pada 6 Mei 2012 bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Lara Alana, 6, pada 22 Julai 2014.