Laporan Canalys membuktikan peranti pintar OPPO menjadi peneraju telefon pintar terkemuka dunia dan kekal sebagai jenama telefon pintar kedua popular dalam pasaran tempatan.



Selepas melancarkan OPPO A9 2020, lebih ramai pengguna telefon pintar beralih ke jenama ini memandangkan kualiti 48MP Kuad kamera yang sangat memuaskan hati, berprestasi tinggi setinggi 8GB RAM+128GB ROM,bateri besar sebanyak 5000mAH, dan harga? Akan mengejutkan anda.

Kerana itu juga selebriti terkenal yang juga duta OPPO A9 2020, Ayda Jebat dan bintang rancangan hiburan All Stars Buka Panggung pun memilih OPPO A9 2020.




Mari kami terangkan ini sebab-sebabnya.

1. 48MP Kuad Kamera



OPPO A9 2020 antara siri pertama telefon pintar dari OPPO yang dilengkapi dengan tetapan Kuad-Kamera pelbagai guna, termasuk Kamera Utama 48MP, Lensa Ultra-Lebar 8MP, Lensa Mono 2MP, Lensa Potret 2MP.

Lensa utama 48MP menambahkan kejelasan imej dengan resolusi yang lebih tinggi, membantu mengambil gambar yang lebih terperinci dan jelas.



Ciri-ciri ini menawarkan penggunaan menyeluruh yang dapat memberikan kepuasan kepada kehendak pengguna dalam semua sudut pengambilan gambar dan senario,kerana dengan fungsi 119 darjah lensa ultra-lebar 8MP, ia memberikan lebih banyak kepelbagaian dari segi komposisi dan ekspresi gambar.

Fungsi Mod Malam Ultra 2.0 juga berfungsi bersama Sudut Ultra Lebar untuk menghasilkan kepelbagaian gaya potret yang artistik dan memastikan pengurangan hingar yang cekap.

Contoh rakaman dengan Mod Ultra Lebar:



Contoh rakaman dengan Mod Malam Ultra 2.0:



Lensa Mono 2MP dan Lensa Potret 2MP mempunyai filter terbina dalam, menawarkan gaya baharu yang menambah kesan retro atau kasar ke dalam gambar potret. Sudah tentu OPPO A9 2020 menjadi pilihan terbaik untuk pengambaran.
Contoh rakaman potret bersama filter:


Filtur Potret 06 Filtur Potret 07

2. Prestasi berkuasa tinggi-8GB RAM+128GB ROM



Bagi sistem memori pula, OPPO A9 2020 disediakan dengan RAM 8GB dan ruang storan 129GB untuk menyimpan segala bahan media dan dokumen digital. Pengguna tidak perlu melalui masalah membuat keputusan untuk memadamkan gambar kenangan atau dokumen untuk menjimat storan.

Walaupun 128GB itu dirasakan sudah mencukupi, ruang memori boleh ditambah dengan kad MikroSD (dwi slot kad sim & 1 slot kad MikroSD) sehingga 256GB.

Pasangan memori ini akan ditemani dengan cip pemprosesan dari Qualcomm Snapdragon. Cip kelas pertengahan ini berkemampuan mengoperasikan pelbagai aplikasi yang dibantu bersama sistem antaramuka ColorOS 6.



Buat penggemar permainan mudah alih, ciri Game Boost 2.0 ditawarkan dengan dua teknologi penyelesaian Frame Boost (bagi mengurangkan isu latensi) dan Touch Boost untuk respons lebih pantas daripada skrin paparan.

3. Bateri tahan lama



Kita sering menghabiskan masa dengan peranti termasuk untuk menonton rancangan All Stars Buka Panggung di Astro GO.

Dengan kapasiti bateri 5000mAh yang dimuatkan pada model ini, OPPO menjanjikan satu pengecasan penuh mampu bertahan sehingga 19 jam lamanya. Tiada lagi keperluan mengheret powerbank.

OPPO A9 2020 merupakan satu-satunya telefon pintar yang mempunyai 48MP Kuad Kamera dan 5000mAH Bateri besar dalam kalangan smartphone bawah RM1200!

4. 4k Video yang lebih stabil



OPPO A9 2020 peranti pilihan ramai disebabkan teknologi video 4K dengan imej elektronik stabil (EIS) dan binaan giroskop yang dapat menyimpan lebih banyak video serta lebih fokus. Ini bermakna video yang diambil akan menjadi lebih jelas dan stabil, memberikan pengalaman lebih sempurna

5. SISTEM DOLBY ATMOS® +DUAL STEREO SPEAKER



Peranti ini juga mempunyai Dolby Atmos® +Dual Stereo Speaker, sistem audio yang memberikan pengalaman sinematik kepada pengguna, sistem bunyi sekeliling mencipta bunyi menarik dan kualiti jelas bagi memenuhi pengalaman hiburan yang lengkap. Terutamanya apabila pengguna menonton rancangan All Stars Buka Panggung di Astro GO, anda akan berasa seperti berada di studio sebagai penonton.

6. Harga yang berpatutan



OPPO A9 2020 didatangkan dengan dua pilihan warna iaitu Marine Green dan Space Purple. OPPO A9 2020 dijual dengan harga RM1199 dengan kualiti yang luar biasa seperti yang telah kami nyatakan tadi.
Sudah tentu pengguna tertarik dengan tawaran pelbagai fungsi telefon pintar ini.

Pengguna boleh membelinya mulai pada 28 September di semua Kedai Konsep OPPO, kedai-kedai pengedar rasmi OPPO atau secara atas talian di laman web rasmi OPPO, kedai rakan e-dagang Lazada atau Shopee; dan rakan kedai rangkaian OPPO Senheng, SenQ, DirectD dan ThunderMatch.

Nilaikanlah sendiri!