Gaya Hidup
Wow Orang Vietnam Pun Teruja Dengan BoBoiBoy Movie 2? Dah Tak Sabar Lah Tu!
Filem animasi BoBoiBoy Movie 2 (BBBM2) terus menjadi perhatian ramai tanpa mengira perbezaan umur.
Baik kanak-kanak mahupun golongan dewasa, semuanya memperkatakan tentang kehebatan filem berkenaan.
Namun, populariti BBBM2 nampak gayanya tidak sekadar di Malaysia sebaliknya ia turut menjadi perhatian penduduk negara Vietnam.
Menerusi posting Ketua Pegawai Eksekutif Animonsta Studios Nizam Abdul Razak di Facebook, fenomena BoBoiBoy turut merentasi negara tersebut.
Menurut Nizam tidak sampai sehari, satu posting berkaitan BBBM2 telah dikongsi sehingga 1,100 kali selain turut menerima 3,000 komen.
"Tak sangka boleh tahan viral di Vietnam. Banyak juga peminat BoBoiBoy di Vietnam!
"Tak sampai sehari sudah 1,100 shares dengan 3,000 komen. Diharap sambutan di sana bagus apabila mula ditayangkan 30 Ogos 2019," katanya yang juga pengarah filem BBBM2.
Untuk rekod, BBBM2 pada Selasa lalu telah berjaya meraih kutipan sebanyak RM9.9 juta menerusi lima hari tayangan di Malaysia, Singapura dan Brunei.
Malah, BBBM2 membuka tayangannya menerusi 145 pawagam di seluruh Malaysia.
Oleh itu pada anda yang masih belum mendapatkan tiket apa tunggu lagi? Dapatkan sekarang!
Must-Watch Video