Filem arahan Haji Zil, Seandainya Kau Ada telah menjengah pawagam di rumah anda menerusi Astro First (saluran 480) mulai 29 April lalu.

Bagi yang telah menonton filem ini, sudah tentu mereka menyaksikan lakonan mantap barisan pelakon hebat tanah air yang membintanginya.

Siapa yang tidak kagum dengan bakat lakonan Fauziah Nawi, tidak kurang juga bintang lain seperti Rozita Che Wan, Fendy Bakry, Raysha Rizrose, Ruhainies, Aidit Noh dan ramai lagi.

Bukan itu sahaja, filem ini juga menampilkan beberapa watak kameo yang dipegang oleh Haris Ismail (PU Riz), Fahrin Ahmad, Daler Yusof dan Azhan Rani.

Filem arahan pengarah yang berpengalaman mengarah ratusan drama dan telefilem ini mengisahkan pengorbanan dan elemen cinta berkonsepkan islamik.

Apa yang pasti, ia akan memberi kesan kepada penonton! Justeru, jangan lepaskan peluang menyaksikan Seandainya Kau Ada di Astro First (480) atau strim di Astro Go dan On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.