Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Wow! Rupanya Pemilik 4 Zodiak Ini Merupakan Stalker Terbaik Di Media Sosial

Syafiqah Jalal
26/07/2020 10:30 MYT
Stalker atau pengintip biasanya seseorang yang mempunyai karakter yang licik dan bijak mentafsir sesuatu perkara dan situasi.

Namun jaga-jaga dengan sang pengintip ini, tanpa anda sedari mereka hampir mengetahui segala hal mengenai diri anda hanya dengan melalui media sosial.

Tapi bagaimana hendak mengenal pasti mereka ini pengintip? Bukan apa, mungkin anda boleh berhati-hati di masa akan datang.

Satu kajian luar negara yang dilaporkan oleh web EliteDaily, mereka menemui seseorang yang mempunyai empat zodiak ini merupakan stalker terbaik!

#1 Gemini
Pemilik zodiac gemini biasanya seorang yang mempunyai perasaan ingin tahu. Mereka lahir sebagai seorang yang aktif dan cerdas. Selalu mencuba benda baharu seperti dalam hobi, makanan dan sebagainya.

#2 Virgo
Zodiak ini memiliki karakter individu yang teliti, cerdik, dan cekap. Seorang yang penuh dengan kesempurnaan dan teliti.Karakter tersebut membuatkan mereka boleh mentafsir karater seseorang yang digemarinya.

#3 Scorpio
Sesetengah orang selalu menyatakan Scorpio adalah zodiac yang mengerikan. Namun sebenarnya Scorpio seseorang yang mudah mesra. Malah mereka berasa bangga apabila mudah mengentahui segala hal tanpa berkata apa pun. Senang kata, Scorpio ini seorang yang diam-diam berisi.

#4 Capricon
Sama seperti Virgo, Capricon seorang yang tidak akan berhenti tanpa berusaha selagi tidak mengecapi apa yang mereka tahu. Jika mereka tertarik pada seseorang, mereka akan terus membuat penyiasatan mengenai wanita atau lelaki itu. Mereka ini tidak akan puas mencari segala informasi tentang seeorang yang disukainya.

Tonton Drama Pelindung Seorang Puteri yang turut mengisahkan seorang wanita yang sering diekori oleh penghendap misteri.

Ia mengisahkan Rose lakonan Lisa Surihani yang membawa diri jauh daripada keluarga setelah difitnah kerana sering diekori oleh pengendap misteri walaupun dia sendiri sebenarnya tidak pasti akan identiti pengendap misteri tersebut.

Adakah Firdaus (lakonan Zain Hamid), bekas kekasihnya yang masih menggilainya, Saiful (lakonan Farid Kamil), rakan sepermainan yang menyukainya sejak kecil atau Hazril (lakonan Sharnaaz Ahmad), kawan baik abang kandung Rose yang dalam diam meminatinya dari jauh.

Siapakah yang akan menjadi pelindung Rose daripada terus diganggu oleh pengendap misteri tersebut?

Saksikan Pelindung Seorang Puteri pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam mulai 28 Julai 2020 menerusi slot Megadrama secara eksklusif di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124).

Istimewa buat para pelanggan Pakej NJOI, episod pertama drama bersiri ‘Pelindung Seorang Puteri’ akan turut disiarkan secara serentak di saluran Astro Prima HD (105) dan Astro Prima (125). Untuk pilihan yang lebih fleksibel, drama bersiri ini turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan on demand.

#Lisa Surihani #Farid Kamil #Stalker
;