Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
TERKINI

Wow! Sangkar Tampil Dengan Trailer 'Kedua' Yang Bikin Pecah Perut!

Asraf Aided 05/08/2019 | 10:43 MYT
Trailer rasmi filem Sangkar telah mula ditayangkan di YouTube bermula 16 Julai lalu.
Terkini, ada sebuah lagi 'trailer' yang anda wajib tonton!
Astro Shaw telah berkongsi sebuah video parodi oleh sekumpulan lelaki yang melakonkan beberapa babak dalam trailer asal filem terbabit.
"Ingatkan ada satu je trailer SANGKAR. Rupanya ada dua trailer, korang semua kena tengok "kakak" nurse ni! Pecah perut juga dibuatnya!" tulis di ruangan kapsyen.
Menerusi entri tersebut, Astro Shaw menggabungkan video parodi itu bersama trailer asal Sangkar.
Dari segi audio, lakonan dan mimik muka sahaja sudah cukup untuk membuatkan anda ketawa!
Filem Sangkar dibintangi oleh Remy Ishak, Zul Ariffin, Mira Filzah, Ray Era, Nik Adam Mika dan ramai lagi.
Sangkar telah melakar sejarah dalam industri perfileman tanah air kerana diterbitkan oleh empat syarikat perfileman tempatan iaitu Infinitus Gold, Primeworks Studios, Astro Shaw dan MM2 Entertainment.
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan filem yang menampilkan aksi sukan seni bela diri (MMA) ini, ia bakal menjengah pawagam di seluruh negara serta Singapura dan Brunei bermula 29 Ogos ini.
#Parodi #Trailer #Sangkar