Skip to main content

Hollywood

Wow! Selepas Aladdin, Will Smith Jadi Ejen Perisik Pula

will-smithbefunky-collage.jpg
Kemunculan pelakon dan pelawak, Will Smith dalam filem Aladdin membawa watak Genie (jin) sememangnya mengujakan peminat.

Lakonannya meninggalkan kesan kepada setiap penonton yang menonton filem 'live action' tersebut.

Memetik laporan AWANI, selepas menjadi Genie, Smith bakal muncul sebagai ejen perisik pula menerusi filem animasi Spies in Disguise .

Kali ini, Smith bergandingan dengan pelakon dari filem Spiderman: Far From Home, Tom Holland.

Filem arahan oleh Nick Bruno dan Troy Quane itu juga dilakonkan oleh Ben Mendelsohn, Karen Gillan, Rashida Jones, dan juga penerbit lagu terkenal, DJ Khaled.

Filem animasi tersebut juga merupakan hasil adaptasi daripada filem pendek Pigeon: Impossible.

Spies in Disguise akan mula ditayangkan pada 25 Disember 2019.

Sumber : Astro AWANI

Advertisement

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement