Gaya Hidup
Wow! Selepas Hotel, PLUS Cadang Bina Kapsul Tidur Di R&R
Berita baik buat anda yang kerap pulang ke kampung halaman, Plus Malaysia Berhad (PLUS) dikatakan telah bercadang membina kapsul tidur bagi pengguna Lebuhraya Utara-Selatan berehat dan melepaskan penat.
Menurut laporan Astro Awani, Pengarah Urusan PLUS Datuk Azman Ismail menjelaskan cadangan itu kini pada peringkat kajian dan projek rintisnya dijangka direalisasikan pada tahun hadapan.
"Kita sentiasa melihat kepada kemahuan pengguna.
"Kapsul tidur yang juga dipanggil 'time capsule' ini akan memberi peluang kepada pemandu terutamanya pemandu kenderaan berat untuk mereka ambil 'quick nap' pada waktu malam sebelum mereka meneruskan pemanduan," katanya.
Menurutnya, langkah berkenaan juga diharap dapat mengurangkan keletihan dalam kalangan pemandu kenderaan berat, sekali gus mengurangkan kadar kemalangan akibat mengantuk dan kepenatan.
"Dahulu PLUS pernah membuka hotel di sepanjang lebuh raya tetapi terpaksa menutupnya kerana tidak mendapat sambutan dan kita dapati pemandu mahukan tempat tidur hanya untuk 'quick nap' dan tidak memerlukan hotel seharian," katanya.
Sumber: Astro Awani
Must-Watch Video