,
Gaya Hidup

“Wow, Semua Kacak & Cantik!” - Barisan Juruterbang Malaysia Airlines Tunjuk Bakat Buat #DontRushChallenge

Azwa Rahman
06/05/2020
08:44 MYT
Sekumpulan juruterbang syarikat penerbangan Malaysia Airlines mencuri tumpuan wargamaya apabila melakukan video sensasi internet, #DontRushChallenge.
Menerusi laman sosial Twitter, seorang pengguna yang merupakan kru Malaysia Airlines berkongsi video tersebut untuk tatapan umum.
“Kru penerbangan MH Dont Rush Challenge,” tulis pengguna tersebut. Menerusi video berdurasi kurang dua minit itu, 11 orang juruterbang yang tampan dan jelita bergabung membuat aktiviti sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan kemudian bertukar kepada pakaian seragam masing-masing lengkap dengan topi.
Hasil tinjauan Gempak di Twitter, rata-rata wargamaya terhibur dan teruja melihat aksi humor juruterbang-juruterbang tersebut.
“Dulu aku fikir ramai pilot hensem, rupanya ramai pilot yang lawa,” tulis seorang wargamaya.
“Terus aku bercakap dalam hati “kalau dulu masa sekolah belajar betul-betul, mesti boleh jadi pilot and kaya macam diorang ni”. Tapi itulah, rezeki semua ketetapan Allah kan?” luah seorang wargamaya.
“Ya Allah sukanya perempuan dalam video ni, rasa macam bangga,” kata seorang wargamaya.
“Ni baru high level punya dontrushchallenge. Rasa kagum tengok!” puji seorang wargamaya.
“Baca komen ramai nak jadi pilot, korang tau tak kos dia ratus ribu? Haha tak kaya jangan la berangan,” usik seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, video tersebut telah menerima hampir 250,000 tontonan dan 20,000 tanda suka daripada wargamaya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Pesawat Malaysia Airlines Hadapi Masalah Tekanan Dalam Kabin, Patah Balik Ke KLIA

gempak
21/08/2024
04:50 MYT
Pesawat Penerbangan Malaysia Airlines MH386 disyaki mengalami 'isu tekanan kabin' semasa dalam penerbangan ke Shanghai selepas berlepas dari Kuala Lumpur pada Selasa pukul 9.14 malam.
Berita

Pengunjung Panik Helikopter Terhempas Atas Bumbung Hotel Di Australia, Juruterbang Disahkan Maut!

gempak
12/08/2024
09:24 MYT
Beratus pengunjung yang menginap Double Tree by Hilton di timur laut Australia gempar apabila sebuah helikopter terhempas di atas bumbung hotel yang didiami mereka hingga mencetuskan kebakaran.
Berita

Pesawat Malaysia Airlines Ke Bangkok Terpaksa Berpatah Balik Akibat Kecemasan

gempak
24/06/2024
14:24 MYT
Malaysia Airlines mengesahkan salah satu daripada pesawatnya mengalami masalah teknikal berkaitan tekanan di dalam ruangan kabin.
Berita

Akibat Masalah Enjin, Pesawat Malaysia Airlines Mendarat Cemas Di Hyderabad

gempak
20/06/2024
09:19 MYT
Gara-gara mengalami kegagalan enjin, sebuah pesawat milik Malaysia Airlines (MAS) terpaksa melakukan pendaratan cemas di lapangan terbang Hyderabad, India.
Berita

Isyarat Baharu MH370 Dikesan Di Australia Barat

gempak
19/06/2024
11:53 MYT
Selepas 10 tahun kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370, petanda baharu menyusul apabila penyelidik Britain mengesan isyarat yang mungkin membawa kepada penemuan pesawat berkenaan.
Unitar