Jika sebelum ini filem Pulau menjadi kontroversi kerana beberapa adegan tidak sesuai, kini dua pelakonnya pula iairu Sanjna Suri dan Jazmy Juma menjadi perhatian netizen.

Pasangan ini dikatakan sedang menjalinkan hubungan cinta berikutan kedua-dua mereka ditemui di sebuah lokasi di ibu kota dalam keadaan mesra dan romantis.

Menerusi gambar yang dikirimkan daripada seorang sumber kepada Gempak, tingkah laku pasangan ini sememangnya menunjukkan mereka seolah-olah sedang dilamun cinta.

Berdiri di hadapan lif sebuah hotel, Jazmy kelihahan sedang mengangkat tangan dan membetulkan rambut Sanjna dengan menyelitkannya di bahagian telinga.

Bagaimanapun difahamkan Jazmy dan Sanjna dikatakan sudah memiliki teman istimewa masing-masing.

Sehingga kini status hubungan Jazmy dan Sanjna masih lagi menjadi tanda tanya memandang kedua-duanya masih belum tampil memberikan sebarang kenyataan.

Terdahulu, Pulau mendapat perhatian netizen selepas trailer filem itu ditayangkan baru-baru ini kerana mengandungi beberapa aksi panas.

Malah filem itu juga turut dikecam dan netizen berpendapat filem seperti itu tidak sepatutnya ditayangkan kerana ia mengundang rasa kurang senang masyarakat.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.