Laman Utama

Wow! Siapa ‘Bersayang- Sayang’ Dengan Dayang Tu?

gempak
Fiza Kamarudin
14/07/2021
01:45 MYT
Sponsor Banner
Wow! Siapa ‘Bersayang- Sayang’ Dengan Dayang Tu?
Penyanyi popular Dayang Nurfaizah sebelum ini tidak pernah berkongsi tentang kisah peribadinya secara terbuka, termasuklah soal cinta.
Bagaimanapun, pada Isnin lalu Dayang telah memuat naik tangkap layar mesej di aplikasi WhatsApp di Instagram (IG)nya.
Hantaran tersebut memaparkan kiriman mesej kepada penyanyi Di Pintu Syurga itu daripada seorang individu yang profilnya telah ditutup dengan emoji hati.
“Sayang. Apa khabar?”, tulis si pengirim.
Perkongsian tersebut menyebabkan pengikut Dayang teruja dan tertanya-tanya siapa pengirim tersebut.
Mengulas mengenai perkara itu, Dayang berkata dia akan berkongsi kepada peminat bila tiba masanya nanti.
“Sampai masa saya kongsikan dengan semua, Insya-Allah,” katanya ketika dihubungi Gempak.
Sementara itu menerusi ruangan komen, rata-rata pengikut mula berteka-teki tentang status diri penyanyi kesayangan mereka itu.
Malah, ada yang mengaitkan pengirim mesej tersebut dengan penyanyi Hael Husaini.
Dayang dan Hael sebelum ini pernah menjadi perhatian warganet kerana keakraban mereka.
Hantaran dikongsikan Dayang itu turut mendapat perhatian teman rapat dan rakan selebriti yang ingin tahu siapa individu yang memanggil Dayang dengan gelaran Sayang itu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live