Wow! Siti Saleha Jumpa Dengan Supermodel Karolina Kurkova

Badrul Hashim
Februari 11, 2019 18:52 MYT
Beruntungnya Siti Saleha dapat bertemu dengan supermodel terkenal dunia, Karolina Kurkova.
Karolina Kurkova bukan sahaja terkenal sebagai supermodel di pentas peragaan, tetapi juga menjadi pilihan majalah-majalah fesyen seperti Vogue, Bazaar, Madame dan lain-lain lagi.
Menurut Siti Saleh, Karolina seorang yang sangat peramah.
"Hello @karolinakurkova. Super friendly and I just love her energy," tulis Siti Saleha pada gambarnya bersama Karolina di Instagram.
Siti Saleha yang berada di New York dikatakan menghadiri pertunjukan fesyen Fall/Winter 2019 oleh pereka fesyen Tory Burch sempena New York Fashion Week.
#Siti Saleha #Karolina Kurkova