Penyanyi Elizabeth Tan mencuri perhatian wargamaya apabila memuat naik sekeping foto bersama pelantun lagu Di Matamu, Sufian Suhaimi.

Menerusi laman sosial Instagram,Elizabeth, 27, yang lebih mesra disapa Lizzy berkongsi foto tersebut untuk tatapan umum.

“Baby Pian,” tulis Lizzy ringkas sebagai kapsyen.

Baby Pian. ?

A post shared by Elizabeth Tan (@elizabethtan) on

Malah, Sufian, 28, turut memuat naik foto yang sama di laman Instagramnya serta membuatkan pengikutnya tertanya-tanya.

Hasil tinjauan Gempak di ruangan komen, rata-rata peminat seolah-olah ‘merestui’ jika pasangan ini berpacaran.

“Baby Pian + Baby Lizzy,” komen seorang wargamaya.

“Pergh, Lizzy couple dengan Baby Pian la,” kata seorang wargamaya.

“Awak kahwin la dengan dia, dah sepadan sangat tu,” cadang seorang wargamaya.

“Bila nak naik pelamin ni? Aku dah terbau nasi minyak ni,” usik seorang wargamaya.

“Baby Pian? Serius la? Like seriously Lizzy?” tanya seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, foto tersebut telah menerima hampir 140,000 tanda suka daripada warga Instagram.