SYOK, aplikasi hiburan dan gaya hidup baharu dalam pelbagai bahasa secara percuma menjemput orang ramai hadir ke SYOK Weh! bermula 9 November 2019 di empat lokasi di sekitar Malaysia.

Jangan lepaskan peluang ke AEON Klebang, Ipoh pada 9 November 2019, Kuantan Parade, Kuantan pada 16 November 2019, Amanjaya Mall, Sungai Petani pada 4 Januari 2020 dan Dataran Pahlawan, Melaka 11 Januari 2020 untuk berhibur dengan persembahan langsung daripada artis-artis tempatan!

Barisan bintang ternama seperti Ara Johari, Rejuvenate Dance Crew, Aamin Yusoff, Lil J, Usop, Hael Husaini, Jacqueline Tan, William Tan dan Danny Koo bakal memeriahkan SYOK Weh!

Temui juga personaliti-personaliti radio termasuklah Radin, Haniff, Danial (ERA), Jep, Rahim, Angah dan Elizad (SINAR), Shah dan Ewan (GEGAR), Joe, Christal, Catherine dan Maq (GOXUAN), Yoon (MY), juga Kogulan (RAAGA) di SYOK Weh!

Dengan hanya memuat turun aplikasi SYOK, semua boleh menikmati pengalaman SYOK yang merangkumi ‘SYOK Spin and Win’, peluang menangi hadiah bernilai RM1,000 dan alat telekomunikasi yang menarik; ‘Be a SYOK Influencer’, kamera Glam 360° yang menyediakan gambar dan GIFs untuk laman media sosial; dan ‘SYOK Games’, untuk permainan interaktif berkonsep larian dan kayuhan basikal yang menawarkan hadiah dari SYOK.

Muat turun aplikasi SYOK melalui Google Play Store atau Apple App Store untuk dapatkan maklumat tentang SYOK Weh! dan nikmati radio, video, podcast dan peraduan!

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai SYOK Weh, layari laman web syok.my, Facebook SYOK atau Instagram SYOK!