Gaya Hidup
Wow! Taj Mahal Kini Boleh Dilawati Pada Waktu Malam, Tapi...
Taj Mahal pastinya menjadi antara destinasi impian setiap pelancong di serata dunia.
Monumen yang terletak di Agra, India ini disenaraikan sebagai salah satu dari tujuh keajaiban dunia.
Namun, masalah yang sering dialami ketika berkunjung ke Taj Mahal ini adalah kepadatan jumlah pelancongnya.
Difahamkan, Taj Mahal menerima hampir 22,000 pengunjung setiap hari dan jumlah itu boleh meningkat sehingga 50,000 orang sehari.
Justeru pihak pengurusan dikatakan telah memanjangkan tempoh lawatan sehingga waktu malam.
Jika sebelum ini Taj Mahal dibuka bermula 6 pagi hingga 6.30 petang, namun tempoh terbaru ini dipanjangkan bermula 8.30 malam hingga 12.30 pagi.
Walaubagaimanapun, tempoh pembukaan ini tertakluk pada hari tertentu sahaja.
Pastinya pengalaman melawat Taj Mahal ketika waktu malam amat berbeza dan menarik untuk dirasai.
Must-Watch Video