Selepas lagu 'Satu Peluang' mencetuskan fenomena, penyanyi muda Andi Bernadee muncul lagi dengan lagu terbarunya berjudul Donde.

Menariknya tentang lagu ini, tidak sampai 24 jam video muziknya dimuat naik di YouTube, ia kini telah tersenarai sebagai antara yang paling trending. Fuh!

Malah sehingga artikel ini ditulis, video muzik Donde telah ditonton sebanyak 633,005 kali dah telah berada di kedudukan ke lima, video paling trending.

Untuk pengetahuan anda, lagu Donde merupakan kerjasama Andi bersama rapper dan penerbit tersohor, Alif yang juga bertindak sebagai komposer, penulis lirik dan penerbit rakaman lagu ini.

Lagu ini turut menyuntik elemen muzik latin dalam susunan muziknya. Malah istilah ‘Donde’ itu sendiri datang dari bahasa Sepanyol yang membawa maksud 'di mana'.


Difahamkan, video muzik rasmi Donde arahan Azfar Hamidi daripada MTAS Production ini membawakan konsep lelaki psiko yang sedang mencari seseorang.

Single 'Donde' terbitan Warner Music Malaysia kini boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox , Deezer, Joox dan juga Apple Music.