Astro berasa bangga dan teruja untuk mengumumkan tujuh program TV terbitan Astro yang tersenarai menerusi pencarian Google 2019.

Tempat pertama diduki oleh drama bersiri Setelah Terlafaznya Akad yang dibintangi oleh Uqasha Senrose dan Kamal Adli.

Senarai itu diikuti oleh Curi Curi Cinta lakonan pasangan popular Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim yang berada tempat ketiga.

Manakala Cemburu Seorang Perempuan yang menampilkan lakonan Amyra Rosli pula berada di tempat kesepuluh.

Sementara itu, Big White Duel, Go Go Squid!, Hotel Del Luna dan The Man Who Kills Troubles turut berada dalam senarai itu pada tempat keempat hingga ketujuh.



Strim aplikasi Astro GO dan On Demand sekarang untuk menyaksikan kesemua program TV hebat terbitan Astro!