,
Hollywood

Wow...Shakira Bakal Sambut Hari Lahir Depan 100 Juta Orang!

Asraf Aided
18/10/2019
06:43 MYT
Penyanyi popular antarabangsa, Shakira bakal membuat persembahan di acara sukan berprestij, Super Bowl 2020.
Memetik laporan people.com, Shakira amat berbesar hati untuk muncul di acara itu kerana ia telah lama diimpikannya, tambahan lagi, tarikh persembahan itu adalah pada hari lahirnya.
"Saya akan membuat persembahan di Super Bowl 2020, yang menariknya, ia akan berlaku pada tarikh hari lahir saya.
"Saya telah lama berhasrat untuk membuat persembahan di acara sukan yang berkait rapat dengan industri hiburan itu.
"Saya akan menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-43 di hadapan 100 juta orang!" katanya kepada sumber.
Difahamkan, Jennifer Lopez juga akan membuat penampilan di acara tersebut.
Super Bowl adalah satu acara perlawanan Bola Sepak besar-besaran di Amerika Syarikat yang turut menampilkan persembahan dari selebriti bernama besar.
Antara penyanyi yang pernah membuat persembahan di acara itu sebelum adalah Beyonce, Bruno Mars dan Lady Gaga.
Sumber : people.com
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Pernah Diejek Bersuara Kambing, Shakira Terima Pengiktirafan Sepanjang Hayat Di VMA2023!

gempak
14/09/2023
04:45 MYT
Shakira baru dinobatkan dengan anugerah Video Vanguard Award di MTV Video Music Award 2023 (VMA).
Laman Utama

Tom Cruise Berminat, Begini Respon Shakira Mengenai Gosip Cinta Mereka

gempak
12/05/2023
06:26 MYT
Bercinta pula?
Laman Utama

Reputasi Buruk Lepas Curang Dengan Shakira, Gerard Pique Tak Mahu Buang Masa Bersihkan Imejnya

gempak
25/03/2023
14:57 MYT
Gerard Pique tak nak cakap fasal Shakira dah.
Laman Utama

Sindir Semula Shakira, Gerard Pique Pandu Renault Twingo ‘Buruk’

gempak
17/01/2023
15:32 MYT
Berbalas-balas ya...
Laman Utama

Shakira Sindir Bekas Suami, Gerard Pique Curang Dalam Lagu Latin Barunya: “Anda Tukar Rolex Kepada Casio”

gempak
15/01/2023
13:55 MYT
Shakira muncul dengan single Latin terbarunya.