Pelik tapi benar! Sebuah universiti terkemuka di India ini bakal menawarkan kursus untuk merawat individu yang dirasuk hantu.

Difahamkan, pengajian selama enam bulan di Universiti Banaras Hindu (BHU) akan bermula sekitar Januari 2020.

Menurut jurucakap kampus, mereka akan memberi tumpuan kepada gangguan psikosomatik yang sering dikelirukan dengan kejadian paranormal.

“Kursus tersebut akan dijalankan di Fakulti Ayurveda yang merupakan sistem perubatan dan rawatan kuno Hindu,” katanya.

Tidak cukup dengan itu, sebuah unit kajian hantu juga telah ditubuhkan di universiti berkenaan.

Dengan tertubuhnya kampus serta tawaran kursus berkenaan, BHU menjadi kampus pertama menawarkan kursus seumpama itu di negara tersebut yang akan mengajar doktor cara untuk ‘merawat’ penyakit berkaitan hantu.

Bagi anda yang berminat untuk mendalami ilmu tersebut, mungkin boleh mempertimbangkan BHU ini.

Sumber : Sinar Harian