"X-Ray Boleh Check Orang Hilang Ingatan?" - Pakar Perubatan Jawab Dialog Klip Drama Viral

Amri Hassan
Mei 22, 2018 02:03 MYT
Tular sepotong video daripada potongan babak sebuah drama bersiri mengenai pemeriksaan x-ray bagi untuk mengesahkan punca hilang ingatan.
Menerusi klip yang tular di media sosial, netizen mula mempertikaikan kesahihan dan hubungkait pemeriksaan x-ray dan penyakit dementia (hilang ingatan).
Malah, ada juga yang mengecam penulisan skrip drama berkenaan yang disifatkan kurang rujukan.
"Penat belajar 3 tahun tambah pengalaman kerja 2 tahun, baru hari ni aku tahu yang x-ray boleh check orang hilang ingatan," tulis pengguna akaun Twitter, @nuraqidahajeera.

Penat belajar 3tahun + pengalaman kerja 2tahun, baru hari ni aku tau yg xray boleh check org hilang ingatan. #dramamelayu #kesian pic.twitter.com/mkFCrhrFRC

— AJEERAH (@nuraqidahajeera) May 19, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam babak tersebut, seorang lelaki berpakaian lengkap bertugas sebagai pegawai perubatan menunjukkan hasil imbasan x-ray kepada dua watak lain lakonan Zara Zya dan Hafreez Adam sambil memberikan penerangan tentang penyakit yang dihidapi.
Bagaimanapun, persoalan tentang hubungkait x-ray dan dementia dijawab oleh seorang pakar perubatan popular, Dr. Beni Rusani.
"Jangan gelak tak baik... Kurang pala puasa. Ok serius.
"X-ray tak boleh mengesahkan someone has memory loss. Nak tengok retak tengkorak boleh ler.
"Kalau nak screen dementia pun kena pakai 'mini mental state examination'," tulisnya menjawab persoalan netizen.
Dr. Beni merupakan salah seorang pakar jantung di Institut Jantung Negara (IJN) yang kini bertugas di National Heart Centre, Singapura.
Dr. Beni juga antara pakar yang dijemput ke rancangan My Doctor untuk membicarakan topik berkenaan masalah dan isu kesihatan semasa.
My Doctors dihoskan oleh Dr. Liyana Dhamirah bersiaran setiap hari Isnin pukul 11 malam di saluran Astro Ria dan Ria HD.
Teks oleh: Amri Hassan
Foto: Twitter, Carian Google
#Viral #Viral #My Doctors #Dr. Beni Rusani