Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

X-Change: Akui ‘Sukar’ Lontarkan Dialog Bahasa Melayu, Joey Leong Kongsi Cabaran Bertutur Dalam Drama X-Change

Firdaus
05/08/2024 17:01 MYT
Memainkan watak Lilian menerusi siri X-Change, pelakon dan penyanyi, Joey Leong berkongsi cabarannya kali pertama berlakon dalam drama menggunakan bahasa Melayu.

Dibantu Pelakon Lain

Menurut pelakon berusia 30 tahun itu, dirinya mengakui agak sukar untuk melontarkan dialog dalam bahasa kebangsaan itu namun dibantu oleh barisan pelakon lain dalam menjayakan karakter tersebut.

"Memang mencabar untuk bercakap dalam bahasa Melayu dalam drama itu. Tapi dari sudut yang lain, saya dapat campurkan bahasa Inggeris.

"Tapi nasib baik tiada dialog yang panjang, dan banyak dialog yang kasual dan saya masih boleh lakukannya. Walaupun agak sukar saya dapat pertolongan daripada barisan pelakon lain dari segi sebutan dan sebagainya," katanya.


"Saya nak sangat perbaiki bahasa Melayu saya...

Bercerita lebih lanjut, Joey menyatakan dirinya sedang cuba memperbaiki pertuturan dalam bahasa Melayu untuk projek-projek yang akan datang.

"Saya nak sangat perbaiki bahasa Melayu saya. Sebelum ini memang saya tak boleh langsung lontarkan dialog dalam bahasa Melayu.

"Tapi untuk X-Change semua krew bercakap dalam bahasa Melayu. Dan kami semua guna bahasa Melayu semasa di set.

"Sudah tentu sebagai rakyat Malaysia, saya faham bahasa Melayu, tetapi saya tidak berapa fasih dan konfiden untuk bertutur dalam bahasa itu," jelasnya.

BERITA TRENDING:X-Change: "Setiap Manusia Ada Tanggungjawab" - Rosyam Nor Akui Watak Yakob Dalam X-Change Sarat Nilai Kekeluargaan

BERITA TRENDING:X-Change: Tampilkan Kisah Adik-Beradik Pelbagai Ragam, Ini Fakta Menarik Tentang Anak Pertama Hingga Ketiga

BERITA TRENDING:X- Change: Baru Tayang Episod Ketiga, Ramai Tak Senang Duduk Nak Tengok Sambungan X-Change

BERITA TRENDING: X-Change: Cinta Tak Kenal Warna Kulit, Ini 5 Pasangan Berlainan Bangsa Yang Popular Di Malaysia

Saksikan X-Change, setiap Jumaat di Astro Premier atau strim di Astro GO dan sooka.

Dapatkan Pek Astro sekarang dengan pemasangan PERCUMA dari hanya RM41.99/bulan. Raikan saat-saat bersama dengan #AstroBaharu – Hiburan kini lebih mantap untuk seisi keluarga. Layari astro.com.my sekarang!

ATAU

Strim kesemuanya bila-bila masa, di mana-mana sahaja dengan hanya RM13.90/bulan. Yang pasti, kontrak TAKDE! #sookaGotAll, strim semuanya sekarang: www.sooka.my. #XChange #AstroOriginals #AstroGo #AstroBaharu #MasaBersama #MerapatkanKita #sookaMalaysia #sookaGotDrama
#Astro #Drama #X-Change #Joey Leong