HIBURAN
“Ya Allah… 2 Hari Yang Sangat Sunyi Tanpa Anak Syurga Daddy” - Zaquan Adha
Pemergiaan anak bongsu kepada bekas pemain bola negara, Zaquan Adha dan isterinya, pelakon Ayu Raudhah iaitu Muhammad Aisy Al Rees kelmarin sememangnya memberi kesan mendalam kepada pasangan itu.
Luah rasa rindu
Menerusi Instastory Zaquan memuat naik foto memperlihatkan tilam dan bantal milik anak bongsu lelakinya yang meninggal dunia pada petang Selasa.
Sentiasa berdoa untuk anak syurganya, Zaquan turut mengakui kehidupannya menjadi sunyi sejak pemergiaan Allahyarham.
“Ya Allah… dua hari yang sangat sunyi tanpa anak syurga daddy. Berbahagia la adik Raees di sana,” kongsi Zaquan secara ringkas.
Terdahulu, Zaquan memaklumkan khabar duka itu menerusi hantaran di Instagram Stories pada petang Selasa.
ARTIKEL BERKAITAN: "Beruntung Ayu & Zaquan, Empat Orang Anak Syurga Sudah Menanti Di Sana" - Che Ta
ARTIKEL BERKAITAN: #GempakVideoNews : Zaquan Minta Beri Ruang, Masih Lagi Terkejut Kehilangan Anak Bongsu - “Baby Dalam Keadaan Sihat Dan….”
ARTIKEL BERKAITAN: “Kami Hanya Mampu Cakap Dia Akan Ke Syurga” - Zaquan Adha Cuba Tenangkan Anak-Anak, Menangis Tanya Adik Kemana?
Urusan jenazah selesai pada sebelah malamnya dan Allahyarham telah selamat disemadikan pada pagi Rabu.
Untuk info, Ayu selamat melahirkan anak ketujuhnya pada 2 Ogos lalu dengan berat 2.3 kilogram.
Must-Watch Video