HIBURAN
“Ya Allah… 2 Hari Yang Sangat Sunyi Tanpa Anak Syurga Daddy” - Zaquan Adha
Pemergiaan anak bongsu kepada bekas pemain bola negara, Zaquan Adha dan isterinya, pelakon Ayu Raudhah iaitu Muhammad Aisy Al Rees kelmarin sememangnya memberi kesan mendalam kepada pasangan itu.
Luah rasa rindu
Menerusi Instastory Zaquan memuat naik foto memperlihatkan tilam dan bantal milik anak bongsu lelakinya yang meninggal dunia pada petang Selasa.
Sentiasa berdoa untuk anak syurganya, Zaquan turut mengakui kehidupannya menjadi sunyi sejak pemergiaan Allahyarham.
“Ya Allah… dua hari yang sangat sunyi tanpa anak syurga daddy. Berbahagia la adik Raees di sana,” kongsi Zaquan secara ringkas.
Terdahulu, Zaquan memaklumkan khabar duka itu menerusi hantaran di Instagram Stories pada petang Selasa.