Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Ya Allah Apa Ni? Video Ultraman Lucah? Anak Pula Suka Tengok” - Ibu Bapa Ayuh Bertindak, Ikuti 4 Langkah Ini

Hanafis Haris
06/04/2021 11:56 MYT

Baru-baru ini kecoh di Facebook apabila seorang ibu berkongsi beberapa screenshot atau tangkap layar memaparkan sedutan kandungan dewasa.

Namun, apa yang mengejutkan kebanyakan video di YouTube itu ‘berselindung’ di sebalik karakter kartun.

Paling membimbangkan banyak karakter datang daripada watak popular yang cukup digemari kanak-kanak.

Antara yang kelihatan termasuklah watak animasi Upin Upin dan Ultraman.

Nampak saja kartun, tapi ada pula adegan tidak senonoh yang dihasilkan secara haram pihak tertentu.

Tajuk seperti Kak Ros Melahirkan Anak Tok Dalang, Ultraman Bikin Anak merupakan antara tajuk yang diguna pakai.

Jijik bukan? Namun apa tindakan yang boleh dibuat oleh ibu bapa bagi memastikan perkara ini tidak berulang?

1. Guna Hanya YouTube Kids

Paling mudah diantara semua langkah.

Sembunyikan aplikasi YouTube anda di mana-mana folder dan hanya paparkan aplikasi YouTube kids saja di homescreen .

YouTube Kids hanya menyiarkan video-video kartun yang ditapis oleh YouTube sahaja.

2.Aktifkan Mod Halangan atau Restricted Mode

Jika anda menggunakan pc atau laptop, anda harus lakukan penetapan ini di www.youtube.com.

Namun, jika menggunakan telefon pintar atau table, hanya terus ke aplikasi dan pilih settings.

Anda akan lihat pilihan Restricted Mode di bawah dark theme.

3. Muat Turun Aplikasi Lock Folder

Jika anak anda agak cepat dalam mencari sesetengah aplikasi yang tidak sesuai dengan umurnya, maka ini juga antara langkah anda patut cuba.

Muat turun aplikasi yang membolehkan kita menetap password untuk sesetengah aplikasi.

4. Report Video

Langkah ini juga wajib dilakukan kerana jika kita tidak membuat laporan, siapa lagi?

Senang saja, pergi ke aplikasi YouTube, pilih tiga titik di bucu kanan dan pilih report.

Anda diberi beberapa pilihan apakah sebab anda membuat laporan terhadap video berkenaan.

Apapun semoga langkah-langkah ini bermanfaat.

Apa yang lebih penting adalah sentiasa pantau aktiviti anak-anak anda dan rajin-rajinlah lihat history tontonan video mereka.

Didik mereka apa yang boleh dan apa yang tidak.

Semoga berjumpa lagi dalam #SembangGajet seterusnya

;