Laman Utama

Ya Allah Kejamnya! Lelaki Penggal Kepala Ibu, Sorok Dalam Kotak?

gempak
Hanafis Haris
16/01/2022
05:15 MYT
Sponsor Banner
Ya Allah Kejamnya! Lelaki Penggal Kepala Ibu, Sorok Dalam Kotak?

Kejam apabila seorang lelaki sanggup memenggal kepala ibu kandungnya sendiri dalam kejadian di rumah mereka di Kampung Baru Pasir Penambang, Kuala Selangor, semalam.

Kejadian mengerikan itu didedahkan Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Superintendan Ramli Kasa.

Menurutnya, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada 5.45 petang.

"Hasil siasatan mendapati mangsa berusia 56 tahun ditemukan di ruang tamu dan terdapat kesan darah dalam rumah berkenaan.

"Siasatan lanjut sudah dijalankan bersama pasukan forensik," katanya.

Tambah Ramli, pemeriksaan mendapati suspek berusia 28 tahun merupakan seorang penganggur yang tinggal bersama mangsa dan suaminya.

"Siasatan lanjut mendapati kejadian disedari salah seorang anak mangsa yang gagal menghubungi ibunya sebelum pergi ke rumah melakukan pemeriksaan.

"Tiba di lokasi, anak mangsa nampak keadaan rumah berlumuran darah dan suspek yang terkejut terus melarikan diri di belukar belakang rumah,” katanya.

Difahamkan, permohonan reman dibuat di Mahkamah Majistret Kuala Selangor dan suspek direman selama tujuh hari sehingga 22 Januari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK).

Sumber : Harian Metro Gambar : Sinar Harian

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024