Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Ya Allah Kesiannya, Boleh Nampak Dia Tertekan” - Malang Buat Nabila Razali, Terkucil Di Pentas Final AJL35

Hanafis Haris
14/03/2021 15:18 MYT

Nasib sekali lagi tidak menyebelahi penyanyi, Nabila Razali apabila dia terkucil ketika menyanyikan lagu Peluang Kedua di Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35) yang berlangsung sebentar tadi.

Nabila atau mesra disapa Bella itu, beberapa kali tergelincir daripada nota yang sepatutnya.

Malah, dia juga kelihatan agak sukar untuk melontarkan vokal dengan baik.

Insiden itu sekali gus menjadi perdebatan ramai khususnya di platform Twitter.

Namun, menerusi pemantauan Gempak di platform berkenaan, reaksi netizen diihat sedikit bercampur baur.

Ada yang mengecam, namun ramai juga yang simpati dengan penyanyi berkenaan.

“Sedih tengok Bella, tapi effort dia ada. Kuatkan semangat dan cuba lagi lepas ni”

“Kita tahu Bella dan buat yang terbaik. Mungkin dia gementar, stop buli dia”

“Dia dah bagi sebaik mungkin, jangan kritik dia. Stay strong Nabila.” tulis beberapa netizen.

Selain netizen, rakan artis juga turut memberi sokongan moral.

Anda boleh lihat posting mereka di bawah.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Untuk rekod, lagu Peluang Kedua pada awalnya dibawa oleh komposer itu sendiri, Hael Husaini ketika pentas separuh akhir Muzik-Muzik 35.

Walaubagaimanapun, Bella kemudian membuat keputusan untuk menyanyikan sendiri lagu berkenaan di pentas akhir AJL35.

Sekadar info, Bella sebelum ini pernah memaklumkan penarikan dirinya daripada pentas Separuh Akhir Muzik-Muzik 35 adalah kerana mengalami masalah peti suara dan dinasihatkan oleh doktor untuk berehat.

#Viral #Nabila Razali #Peluang Kedua #AJL35
;