Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Ya Allah Macam Gempa Bumi Jantung Ni…”- Raih 5A Dalam SPM, Wani Syaz Cerita Pengalamannya…

Syafiqah Jalal
06/03/2020 08:44 MYT
Sempena keputusan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) yang diumumkan semalam, penyanyi Wani Syaz turut mengambil kesempatan untuk berkongsi pengalamannya pada tahun 2014.

Menurut Wani, hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa berdebar perasaannya ketika itu saat mengambil keputusan tersebut.

Namun dia bersyukur kerana berjaya meraih keputusan yang baik iaitu 5A dalam SPM.

‘”Tahniah yang ambil result!

“Teringat kenangan batch 1997 ambik result pada tahun 2014.

“Ya Allah macam gempa bumi jantung ni ketakutan.

“Tapi Alhamdulillah Wani syukur gila dapat 5A.

“Sampai Umi pun menangis. Apa-apa pun semoga berjaya buat adik-adik untuk perancangan akan datang!” tulisnya.

Penyanyi lagu Pendusta Cinta itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut, dia memuat naik fotonya ketika di bangku sekolah.

Rata-rata turut terinspirasi dengan kisah yang diceritakan penyanyi tersebut.

Tahniahhhh yg ambik result harini!!! ?❤️? Teringat kenangan batch #1997 ambik result Tahun 2014. Ya Allah mcm gempa bumi jantung ni ketakutan.Tapi Alhamdulillah wani syukur gilaaaaa dpt 5A. smpai umi pon @annis_ummi nangis kekeke ? . Apa apa pun semoga berjaya buat adik adik utk perancangan akan dtg !

A post shared by Wani Syaz (@wanisyazofficial) on

;