Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

“Ya Allah, Macam Nak Gugur Jantung Bila…”- Shiha Zikir Kongsi Kejadian Selepas Persembahan

Syafiqah Jalal
04/11/2019 03:30 MYT
Penyanyi dan pelakon Shiha Zikir akui terkejut apabila penganjur sebuah acara meluahkan rasa tidak berpuas hati dengan persembahan yang dilakukan di Johor kemarin.

Lebih buruk, Shiha memberitahu pihak penganjur tidak gembira dengan persembahannya dan menghalangnya untuk melakukan persembahan di Johor lagi pada masa akan datang.

Namun, Shiha akui lega apabila rupanya mereka sengaja lakukan kejutan atau ‘prank’ sempena ulang tahun kelahirannya.

“Ya Allah macam nak gugur jantung Shiha bila kena prank macam ini.

“Waktu Shiha turun stage lepas buat persembahan ,memang selalunya Shiha akan say thanks & sorry kat pihak penganjur / organizer kalau ada apa-apa kekurangan sepanjang persembahan Shiha.

“Tup-tup organizer cakap "Shiha I ada bad news pasal you. Kejap lagi I cerita". Berderau darah.. Eh Shiha buat salah apa pula ni?

“Awal video ni lah time dia cakap "Shiha, boss I mengamuk gila.. Dia tak suka you perform macam tu dan dia cakap Shiha tak boleh pijak Johor lagi!"..Kau rasa? Mana tak nervous dan confuse..

“Confuse tak settle lagi tup-tup ada orang buat surprise birthday. Memang mood ke lautlah (muka buat-buat happy haha) sampailah dorang cakap dorang just PRANK je cerita tu… Ya Allah syukurnya.. So apa lagi,terus happy lah! Haha
 
“Thank you adik @thezaquan yang sangat sweet belikan kek & surprise untuk akak..  Sumpah terharu gila.. Adik dah buat someone happy tau. Moga Allah bagi kebahagiaan untuk adik dunia akhirat.

“Thanks again and thank you semua yang bersekongkol tu tambah-tambah organizer yang sangat gempak lakonan dia, @stynursaiedah.. Hehe love you guys..” tulisnya.

Shiha berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut, dia turut memuat naik video saat ‘prank’ itu dilakukan.

BACA: Sambut Hari Lahir... Shiha Zikir Idam Beli Rumah, Mahu Bahagiakan Ibu Hingga Akhir Hayat 

Rata-rata pengikutnya turut mengucapkan selamat ulang tahun buat Shiha serta mendoakan yang terbaik buat penyanyi itu.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Ya Allah macam nak gugur jantung Shiha bila kena prank macamni.Waktu Shiha turun stage lepas buat persembahan,memang selalunya Shiha akan say thanks & sorry kat pihak penganjur/organizer kalau ada apa2 kekurangan sepanjang persembahan Shiha.Tup2 organizer cakap "Shiha i ada bad news pasal u.Kejap lagi i cerita".Berderau darah..Eh Shiha buat salah apa plak ni? . Awal video ni lah time dia cakap "Shiha,boss i mengamuk gila..dia x suka you perform macamtu dan dia cakap Shiha tak boleh pijak Johor lagi!"..Ko rase???Mana tak neves & confuse.. . Confuse x setel lagi tup2 ada org buat surprise birthday.Memang mood ke laut la (muka buat2 happy haha) sampaiiiiila dorang cakap dorg just PRANK je cerita tu..Ya Allah syukur nyaaaa..so apalagi,terus happyla!Haha . Thank you adik @thezaquan yang sangat sweet belikan kek & surprise utk akak..Sumpah terharu gila..Adik dah buat someone happy tau.Moga Allah bg kebahagiaan utk adik dunia akhirat..Thanks again & thank you semua yg bersekongkol tu tambah2 organizer yang sangat gempak lakonan dia, @stynursaiedah ..Hehe love you guys..

A post shared by Shiha Zikir (@shihazikir) on

#Penyanyi #Shiha #Birthday #Penyanyi #Shiha Zikir #Prank