“Ya Allah Sanggup Ketepikan Cuti Pencen Demi Kami?” - Kembalinya Panglima Perang Dr Rohaizat Ke KKM Buat Netizen Sebak!
Panglima Perang! Itu gelaran yang diberi oleh Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah terhadap Timbalan Ketua Pengarah (Perubatan) Kementerian Kesihatan (KKM) Datuk Dr Rohaizat Yon.
Gelaran itu diberi susulan kepulangan Dr Rohaizat yang kembali bertugas di KKM untuk menangani kes COVID-19.
Menerusi satu posting di Twitter oleh KKM Putrajaya, Dr Rohaizat yang sebelum ini telah bersara dipanggil semula untuk membantu KKM sehingga akhir tahun.
Difahamkan, Dr Rohaizat melaporkan diri di KKM pada 6 Ogos lepas.
“Selamat kembali ke 'medan perang' Tim. Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), YBhg Datuk Dr Rohaizat Yon.
“Beliau 'dipanggil semula' (kontrak) bagi membantu KKM mengawal penularan jangkitan #COVID19.
“Selamat bertugas untuk rakyat dan negara,” kata pengendali akaun tersebut.
Sementara itu menerusi ruang komen, rata-rata netizen gembira dengan ‘kepulangan’ wira negara tersebut.
Pada masa sama, ramai juga yang bersimpati dan sedih memandangkan Dr Rohaizat sepatutnya berehat selepas bersara.
Untuk rekod, Dr Rohaizat memgumumkan persaraan beliau pada sekitar 10 Jun lalu.
Difahamkan, Dr Rohaizat telah berjasa kepada KKM selama 35 tahun 10 hari.