BERITA

“Ya Betul, Saya Dilahirkan Dalam Keluarga Berpengaruh…” - Asyraf Khalid Dedah Tak Pernah Dimanjakan Datuk K Dengan Duit

Syafiqah Jalal 21/04/2020 | 12:25 MYT
Anak kepada Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa atau Datuk K, Asyraf Khalid tidak menafikan dia dilahirkan di dalam keluarga berpengaruh tetapi ia bukan tiket untuknya berjaya tanpa usaha.
Menurut Asyraf kejayaan ditempa adalah hasil didikan bapanya yang sangat tegas dan tidak mudah memberi kesenangan.
“Ya betul, saya dilahirkan dalam keluarga yang berpengaruh, Ayah saya seorang yang berjaya dalam bidang beliau dan saya sangat bangga mempunyai Ayah seperti Ayah, lebih-lebih lagi cara didikan Ayah kepada saya.
“Ayah was a hard father to me, dia tahu hidup kita senang, semua Ayah boleh bagi, jadi Ayah didik dengan cara Ayah tersendiri. Ayah punyai impian untuk anak-anak beliau menjadi berjaya, kalau boleh, kata Ayah, beliau nak kita lebih berjaya pada Ayah.
“Ayah juga asalnya sebagai anak kampung. He really made it from Zero, and i can’t imagine the hardship that he went thru. Ayah terpaksa naik basikal berkilo meter sehari hanya untuk ke sekolah setiap hari.
“Ayah tak pernah manjakan saya dari segi wang ringgit, dan saya paling takut nak mintak duit dari Ayah dari kecil. Ayah didik kita dari kecil, kalau nak sesuatu, you have to work for it. Ayah selalu ingatkan kita juga tentang kesusahan yang beliau lalui,” tulisnya.
Anak tiri Datuk Seri Siti Nurhaliza itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Entri terbabit dibuat selepas mendapat pelbagai respon mengenai kejayaannya melancarkan produk terbaru dia dan isterinya Tya Ariffin iaitu Mutyara Beauty.
Pun begitu Ashraf mendedahkan dia juga tidak terlepas dari dugaan kehidupan.
“Betul, susah saya ni, tak la susah macam ramai orang, mungkin banyak yang lebih susah. Jadi saya sangat bersyukur di lahirkan di keluarga yang, Alhamdulillah, Allah bagi lebih. Mungkin Ianya lebih mudah bagi saya kerana Allah nak bayar balik kesusahan yang Ayah dan Tok nenek kita lalui dulu. .
“Saya juga tak lepas dari dugaan kehidupan, saya juga adalah Hamba Allah. Mungkin cabaran saya berbeza tapi percayalah tiada sesiapa pun yang terkecuali dari Ujian Allah di dunia ini,” katanya lagi.
Terdahulu, Ahraf dan Tya telah mendirikan rumah pada 1 November 2015.
Hasil perkongsian hidup, pasangan ini telah dikurniakan dua orang cahaya mata, Arif Jiwa dan Azzahra Jiwa.
#Siti Nurhaliza #Datuk K #Asyraf Khalid