Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Ya Saya Bersalin Secara Caesarean Selepas 3 Kali Induce”- Tasha Manshahar Reda

Syafiqah Jalal
02/07/2019 05:37 MYT
Penyanyi Tasha Manshahar akui perlu menjalani pembedahan ketika melahirkan cahaya mata sulungnya pada 21 Jun lalu.

Menurut Tasha, doktor dan pihak hospital sudah mencuba untuk memberinya ubat Induce supaya dia dapat bersalin secara normal namun bukaannya tidak menunjukkan apa-apa perubahan.

Bagaimanapun, dia reda dan bersyukur putera sulungnya selamat dilahirkan ke dunia seberat 3.5 kilogram.

“Jadi untuk menjawab persoalan yang ramai sangat orang tanya, ya saya bersalin secara czer selepas 3x induce

“Pukul 3 petang, Jumaat, 21/6, saya ditolak masuk OT. Sempat minta maaf dulu dengan semua yang ada. Keluarga pun ada dekat luar bagi support dan doa semoga semua berjalan lancar

“ Macam biasa lah, mula dengan prosedur bius dulu. Tak lama lepas tu, bergema tangisan pertama baby mommy yang lantang dan garau itu

“Mengalir airmata mommy sambil senyum masa tu. Weight sebenar baby 3.5kg tapi rupanya ukur lilit kepala baby special sikit berbanding baby lain (doktor kata, setahun ada sorg atau dua baby je yang berdiameter kepala 37, sebab generally adalah 33. Org tua-tua kata insya-Allah anak bijak. Mommy aminkan je. Tolonglah aminkan juga ?).

“Selain tu, kedudukan baby pun senget sikit dari laluan. Jadi czer adalah jalan terbaik untuk saya dan baby. Saya doa nak bersalin dengan selamat, jadi inilah cara Allah makbulkan doa saya

“Allah saja tahu betapa sakitnya lepas habis bius tu. Selesai operation, badan menggigil tak boleh control. Pergerakan sangat terbatas. Kena pakai tiub untuk buang air sebab tak boleh bangun. Orang kena suapkan makan minum. Batuk bersin ketawa semua sakit sangat. First few days, semua benda orang kena buatkan. Rasa serba salah sangat.

“ Masa first time bangun dari katil, hampir pengsan dalam toilet. Tapi, alhamdulillah Im recovering. Yang penting both mommy and baby selamat & sihat. Pada saya, bersalin czer ke normal ke, dua-dua adalah bukti pengorbanan ibu yang tiada tandingan. Congratulations to all mothers out there! We made it!,” tulisnya

Tasha berkongsi pengalaman melahirkan anaknya di akaun Instagram miliknya

Menerusi perkongsian itu dia turut memuat naik suasana ketika berada di dalam bilik pembedahan.

Kata Tasha lagi, suaminya, Raqib Majid ada bersama-sama ketika proses tersebut.

“Doktor benarkan suami masuk bermula dari doktor nak start cut, sampai baby keluar. Lepastu suami keluar dari OT sama-sama dgn baby untuk azankan. Masa kena jahit lapisan demi lapisan tu, suami tak dibenarkan ada.

“Ya! Saya kena bius separuh badan je. So sepanjang proses saya sedar, saya tengok dekat lampu bulat atas tu. Masa doktor dan nurses semua terpaksa ramai2 tolak-tolak perut saya sbb kepala baby stuck pun saya tengok, menghayati moment tu sambil jantung berdebar-debar nervous

“Alhamdulillah untuk pengalaman ni. Very meaningful and priceless,” katanya lagi.

Rata-rata mendapat inspirasi baru dari pengalaman Tasha melahirkan anaknya serta mengucapkan tahniah.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 8 September lalu di sebuah majlis nikah ringkas di Masjid Jamek Kajang.

Sambungan. _ Jd, untuk menjawab persoalan yg ramai sgt orang tanya, ya saya bersalin secara czer selepas 3x induce ? _ Pukul 3 petang, Jumaat, 21/6, saya ditolak masuk OT. Sempat minta maaf dulu dgn semua yg ada. Keluarga pun ada dekat luar bagi support dan doa semoga semua berjalan lancar ♥️ Macam biasa lah, mula dgn prosedur bius dulu. Tak lama lepas tu, bergema tangisan pertama baby mommy yg lantang dan garau itu ? Mengalir airmata mommy sambil senyum masa tu. Weight sebenar baby 3.5kg tapi rupanya ukur lilit kepala baby special sikit berbanding baby lain (doktor kata, setahun ada sorg atau dua baby je yg berdiameter kepala 37, sebab generally adalah 33. Org tua2 kata inshaAllah anak bijak. Mommy aminkan je. Tolonglah aminkan juga ?). Selain tu, kedudukan baby pun senget sikit dari laluan. Jadi czer adalah jalan terbaik utk saya dan baby. Saya doa nak bersalin dgn selamat, jadi inilah cara Allah makbulkan doa saya ☺️ _ Allah saja tahu betapa sakitnya lepas habis bius tu. Selesai operation, badan menggigil tak boleh control. Pergerakan sangat terbatas. Kena pakai tiub untuk buang air sebab tak boleh bangun. Org kena suapkan makan minum. Batuk bersin ketawa semua sakit sgt. First few days, semua benda org kena buatkan. Rasa serba salah sgt ? Masa first time bangun dari katil, hampir pengsan dalam toilet. Tapi, alhamdulillah Im recovering. Yang penting both mommy and baby selamat & sihat. Pada saya, bersalin czer ke normal ke, dua-dua adalah bukti pengorbanan ibu yang tiada tandingan. Congratulations to all mothers out there! We made it! ?? _ ? by @raqibmajid . Doktor benarkan suami masuk bermula dari doktor nak start cut, sampai baby keluar. Lepastu suami keluar dari OT sama-sama dgn baby untuk azankan. Masa kena jahit lapisan demi lapisan tu, suami tak dibenarkan ada. Ya! Saya kena bius separuh badan je. So sepanjang proses saya sedar, saya tengok dekat lampu bulat atas tu. Masa doktor dan nurses semua terpaksa ramai2 tolak-tolak perut saya sbb kepala baby stuck pun saya tengok, menghayati moment tu sambil jantung berdebar-debar nervous ? _ Alhamdulillah untuk pengalaman ni. Very meaningful and priceless. ??♥️ #raqshajrjourney

A post shared by @ tashamanshahar on

#Anak #Bersalin #Tasha Manshahar #Raqib Majid
;