gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HOLLYWOOD
Diminta Laporan Kesihatan Mental, Blake Lively Gugur Saman Kepada Justin Baldoni
HIBURAN
Sheila On 7, Nadin Amizah, DOLLA & Bunkface Bakal Gegarkan Latihan Pestapora Malaysia 2025
HIBURAN
Maxime Bouttier Beri Luna Maya Syarat, Baru Jumpa 5 Kali Lepas Kahwin
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
HIBURAN

“Ya, Saya Sekarang Janda…” - Nina Iskandar Sahkan Sudah Bercerai, Fokus Besarkan Anak Bersama Bekas Suami

gempak
Umirah Halim
24/04/2025
09:46 MYT
Sponsor Banner
“Ya, Saya Sekarang Janda…” - Nina Iskandar Sahkan Sudah Bercerai, Fokus Besarkan Anak Bersama Bekas Suami
Pelakon kelahiran Brunei, Nina Iskandar, akhirnya tampil membuka mulut mengenai status rumah tangganya yang sebelum ini menjadi tanda tanya ramai.
Kata Nina, dia kini sudah sah bercerai dengan bekas suaminya, penolong pengarah Azlan Adzanan.
“Ya, saya sekarang sudah bergelar janda. Sampai bila saya mahu berselindung. Sebelum ini, kes perceraian kami masih berjalan jadi saya tidak berani untuk berkongsi kepada peminat dan rakan media.
“Jadi sekarang baru saya boleh jelaskan mengenai status saya sekarang. Kami bercerai tahun lalu,” katanya ketika ditemui Gempak pada majlis pelancaran Skandarl Beauty.
Nina juga memaklumkan sebelum ini dia memilih untuk berdiam diri kerana dia bukan seorang yang suka menghebohkan perkara peribadi selaim mahu menjaga maruah semua pihak terlibat.
“Saya sebenarnya bukan jenis suka mengheboh-hebohkan kerana saya mahu menjaga aib kedua-dua belah pihak selain menjaga sensitiviti keluarga.
“Malah sebelum ini ada pertanyaan media mengenai perkara sama namun saya tidak boleh beritahu perkara sebenar kerana ketika itu perceraian masih belum rasmi,” jelasnya.
Dalam pada itu, pelakon drama Andainya Takdir itu bagaimanapun tetap menekankan bahawa hubungan antara anak mereka, Muhammad Aaryan ar-Rizqin yang kini berusia lima tahun, dan bekas suaminya tetap dijaga.
“Alhamdulillah anak saya mengerti keadaan kami walaupun usianya baru 5 tahun.
“Saya bersama bekas suami juga memilih untuk membesarkan Rizqin bersama-sama. Saya tidak mahu memutuskan hubungan di antara anak dan ayah.
“Mereka juga bebas untuk berhubung menerusi panggilan video. Saya juga ada bawa dia ke Johor untuk berjumpa dengan bekas suaminya dan keluarga bekas mentua,” ujarnya.
Untuk rekod, Nina Iskandar telah mendirikan rumah tangga dengan penolong pengarah Azlan Adzanan, yang juga dikenali sebagai Lan Lebah, pada April 2019.
Hasil perkahwinan tersebut, Nina dan Azlan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Muhammad Aaryan ar-Rizqin, yang dilahirkan pada 23 Disember 2019.
Topic Berkaitan
#Perkahwinan
#cerai
#Janda
#Nina Iskandar
Must-Watch Video