Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

“Ya Saya Sudah Bercerai…” – Natasha Hudson Bahagia Hidup Sendirian Tanpa Suami

Fiza Kamarudin 08/10/2019 | 02:33 MYT
Pelakon Natasha Hudson mengesahkan dia dan Noor Nashriq Sekanor kini bukan lagi suami isteri, selepas setahun bergelar suami isteri.
Natasha bagaimanapun tidak menyatakan tarikh tepat penceraian dia dan bekas suami, menganggap apa yang berlaku adalah ketentuan Illahi.
Kata pelakon berusia 37 tahun itu lagi, dia sangat gembira dan tenang meneruskan kehidupan dengan baik setelah kembali solo.
“Ya, saya sudah bercerai baru-baru ini dan sangat bahagia kembali hidup sendirian tanpa suami. Cukuplah untuk bersedih buat masa ini.
“Saya pun sudah meneruskan kehidupan dengan baik sekali,” katanya kepada Hangat.com.
Bagaimanapun Natasha menolak andaian orang ketiga sebagai punca perceraian, dan tidak mahu lagi memanjangkan hal ini kerana bimbang akan mengeruhkan lagi keadaan.
Dalam perkembangan lain, kini Natasha memberi tumpuan lebih terhadap perniagaan serta meluangkan lebih masa kepada anak-anak, keluarga dan rakan-rakan.
“Buat masa ini saya sibuk menguruskan perniagaan dan banyak meluangkan masa untuk diri sendiri dengan mengembara ke negara lain.
“Saya hanya perlukan energi positif dan lebih fokus untuk diri sendiri sekarang,” katanya.
#cerai #Natasha Hudson
;