Hiburan

“Ya, Saya Sudah Bernikah” - Ziela Jalil

gempak
Amri Hassan
03/01/2021
23:20 MYT
Sponsor Banner
“Ya, Saya Sudah Bernikah” - Ziela Jalil
Penerbit dan pelakon terkenal, Datuk Ziela Jalil mengesahkan telah berkahwin dan menjadi isteri kedua kepada seorang pengerusi masjid Ibnu Mas'ud, Datuk Syed Osman Al Habshee Syed Omar sejak dua tahun lalu.
Ziela, 51, tampil mendedahkan perkara terbabit bagi mengelakkan spekulasi tidak tepat mengenai diri dan keluarganya dalam kalangan warganet.
"Ya, saya sudah bernikah pada 17 Februari 2019 dan menjadi isteri kedua kepada pengerusi masjid, Datuk Syed Osman Al Habshee Syed Omar.
"Majlis saya diadakan di masjid di ibu negara yang berwalikan bapa saudara dengan disaksikan keluarga sebelah bapa, mak saya, anak-anak dan dua teman rapat.
"Kami hanya berkenalan lima minggu saja sebelum dia menyatakan hasrat untuk mengahwini saya. Bagi saya, keputusan berkahwin sekali lagi bukan keputusan mudah. Apatah lagi menjadi isteri kedua.
"Saya anggap ia adalah takdir dan jodoh. Kalau boleh diberi pilihan, saya pasti bukan ini pilihannya. Mungkin ramai yang mempertikaikan keputusan ini.
"Jawapan saya mudah, kalau memang saya nak kahwin dengan suami orang, dari dulu lagi selepas arwah suami meninggal dunia," katanya kepada Harian Metro.
Nama Ziela sebelum ini menjadi bualan netizen apabila timbul dakwaan bahawa dia telah mendirikan rumah tangga secara diam bersama individu yang dirahsiakan identitinya.
Tular juga beberapa keping gambar antaranya sejambak bunga ros yang dipercayai dimuat naik oleh individu terbabit.
Sementara itu, pemilik syarikat penerbitan Pena Cretive itu mengakui dia baru terbuka hati untuk berkongsi perkara terbabit kerana perlu menjaga hati banyak pihak.
"Rakan media yang rapat dengan saya sudah beberapa kali bertanya mengenai perkara ini. Tapi, saya cakap akan kongsikan apabila sampai waktu sesuai. Saya bukan jenis yang suka uar-uarkan sesuatu perkara terutama isu sebegini.
"Saya tidak bercakap mengenai perkara ini bagi menghormati keluarga suami iaitu isteri dan anak-anaknya.
"Tapi, apabila anaknya membuat ciapan di Twitter membabitkan saya dan hubungan ini, bagi saya dia tidak ada hak untuk buat kenyataan bagi pihak saya. Saya juga ada privasi tersendiri.
"Kalau betul mereka nak perkara ini didedahkan, biar daripada mulut saya sendiri. Bukan daripada mereka dan dengan cara sebegini," katanya.
Sementara itu, kata Ziela, perkahwinannya bersama Syed Osman Al Habshee itu tidak dirancang selepas 11 tahun kematian arwah suaminya.
Difahamkan, perkahwinan Syed Osman Al Habshee bersama isteri pertama dikurniakan enam cahaya mata.
Sementara, Ziela yang berkahwin dengan Tan Sri Megat Junid Megat Ayob pada 1991 dikurniakan dua anak iaitu Puteri Julia Nabilah dan Megat Jufri Nasrullah. Ziela juga mempunyai seorang anak angkat lelaki, Ibrahim Junid Abdullah.
Sumber: Harian Metro
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024